Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan

August 11, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan yang mencetuskan kontroversi sebelum ini masih belum menyerahkan semua aset yang terlibat dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Portal Utusan Malaysia dalam laporannya mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperincikan kertas siasatan melibatkan Rohana dan kini giat mendapatkan semula wang terbabit, ia bagaimanapun masih dalam proses dan belum dipulangkan lagi.

“Kertas siasatan berkenaan dalam proses untuk diperincikan dan SPRM sedang proses mendapatkan aset-aset tersebut,” kata sumber itu.

Terdahulu, Rohana dikaitkan mempunyai dengan Tim Leissner secara prinsipnya bersetuju menyerahkan AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. itu.

Media sebelum ini melaporkan, AS$10 juta yang diberikan oleh Leissner digunakan membeli sebuah rumah di Montpeli­er Street, London.

Kesemua harta termasuk rumah dan akaun bank berkenaan sebelum ini dibekukan susulan perbicaraan kes berkenaan di Amerika Syarikat (AS).

SPRM turut mengambil kete­rangan Rohana, Februari lalu susulan pendedahan Leissner dalam perbicaraan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berkaitan 1MDB di AS.

Laporan itu mendedahkan, siasatan dilakukan SPRM mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB di AS bertukar sensasi selepas Leissner memberi ketera­ngan yang beliau mempunyai hubungan dengan Rohana.

Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan itu, Leissner memetik beberapa nama termasuk Rohana dan menjelaskan hubungan itu berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikannya rumah tersebut pada 2013.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang an­tirasuah AS dan konspirasi pe­ngubahan wang.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok