RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus

August 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengambil pelbagai pendekatan bagi menggalakkan suami membuat caruman untuk isteri di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman dengan sebahagian caruman boleh ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan.

“Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan ditubuhkan sekiranya terdapat tuntutan seperti ini,” katanya menurut Bernama.

Selain itu, Awang berkata KSM melalui Perkeso akan mempergiatkan kempen kesedaran kepada golongan suami melalui sesi libat urus, jerayawara, aktiviti Skuad Prihatin, program Sosial Sinergi Perkeso bagi menggalakkan caruman di bawah SKSSR.

“Ini bagi melindungi isteri yang melahirkan anak kita,” katanya. Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2022, Awang berkata seramai 1,090 individu OKU telah berdaftar di bawah Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso.

Bagi program Return To Work (RTW) pula, seramai 48,354 OKU telah mendapatkan pekerjaan bagi tempoh Januari 2007 sehingga 5 Ogos 2022.

Semasa perbahasan, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi meminta kementerian mengemukakan statistik pekerja OKU yang didaftarkan dalam sistem Perkeso dan bilangan OKU yang sedang menerima sebarang faedah di bawah sistem berkenaan.

Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara dengan suara majoriti. Turut diluluskan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022.

Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.

Berita berkaitan
Kemuka dokumen palsu Penjana 2.0, pemilik syarikat didakwa
November 1, 2023· Isu semasa
Bicara kes pelakon Hafidz Roshidi cedera bekas isteri ditetapkan 6 Feb
October 4, 2023· Isu semasa
Isteri dan anak bekas MB Negeri Sembilan UMNO antara calon PRN
July 21, 2023· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir: Sesi pembelajaran 31 sekolah di Johor esok ditangguh
January 8, 2022
7 lelaki Pakistan ditahan disyaki terlibat pemerdagangan orang
June 14, 2023
Longkang berpotensi runtuh lagi
January 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok