Tangki minyak di Klang meletup, seorang maut tiga cedera

May 1, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki warga Indonesia maut sementara tiga lagi cedera apabila dua tangki minyak mentah di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang dekat Klang, terbakar petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.36 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa maut akibat letupan itu ketika sedang melakukan kerja kimpalan dan akibat letupan. Mangsa terjatuh dari aras lebih kurang 10 meter, apabila letupan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangki minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan kilang berkeluasan 100 x 100 kaki persegi.

Katanya pemadaman api selesai sepenuhnya pada jam 6.45 petang.

Seorang maut dan tiga cedera dalam kebakaran tangki minyak di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang dekat Klang, petang tadi.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
17 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok