RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap

August 7, 2022 · Isu semasa

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga perlu diwujudkan untuk menyiasat skandal kontrak perolehan pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tindakan dan siasatan perlu diambil selepas pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung banyak isu berbangkit yang didedahkan, antaranya berhubung tindakan Menteri ketika projek itu diluluskan yang menukar reka bentuk walaupun tidak dipersetujui TLDM.

Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Mohd. Nizam Mohd. Isa berkata skandal terbaharu LCS itu menimbulkan kemarahan rakyat apabila wang sebanyak RM6 bilion sudah dibelanjakan tetapi tiada satu kapal pun yang sudah siap.

“PAC sudah lakukan siasatan dan ada data, jadi kita takut sekiranya ada penyelewengan.

“Dengan kerugian RM6 bilion, ambil masa 10 tahun, tetapi kapal tidak siap, itu satu kerugian kepada rakyat. Itu pasti menjadi kemarahan kepada rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Nizam berkata wajar sebuah RCI dibentuk bagi mengenalpasti permasalahan dan punca LCS itu gagal disiapkan.

PAC sebelum ini menyenaraikan sembilan rumusan punca yang antaranya ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) berhubung perolehan LCS semasa melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS yang disiapkan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok