MARA ada peruntukan cukup taja pelajar ke luar negara: Mahdzir

August 6, 2022 · Isu semasa

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempunyai peruntukan mencukupi untuk terus menghantar pelajar tajaannya menyambung pengajian ke luar negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata justeru, agensi itu akan meneruskan program berkenaan biarpun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, lapor Bernama.

“Kerajaan akan terus menghantar pelajar-pelajar Malaysia (tajaan MARA) ke luar negara.

“Tiada tekanan (untuk menghentikan) kerana setiap tahun apabila nak buat bajet, dah letak siap-siap bajet untuk pendidikan jadi tak (perlu) susah hati,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dan Agihan Zakat Felcra Bhd di Pantai Geting, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ketika ditanya bidang tumpuan untuk menghantar pelajar ke luar negara, Mahdzir berkata ia akan dipilih berdasarkan kesesuaian semasa.

“Hari ini orang bercakap pasal teknologi digital, perubahan iklim, tenaga lestari, kecerdasan buatan (AI), ini antara bidang yang diberi tumpuan selain bidang sedia ada seperti kejuruteraan dan aeroangkasa.

“Kita juga memilih universiti terkemuka yang berada dalam 50 ternama dunia, malah pelajar yang dihantar juga memiliki markah terbaik untuk ditempatkan di universiti-universiti terbaik ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok