Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022

August 3, 2022 · Isu semasa

Kadar pengangguran sebelum pandemik Covid-19 hanya pada 3.2 peratus dan kadar sama masih belum dicapai setakat ini.

Bagaimanapun, tren kadar pengangguran mencatat penurunan daripada 4.9 peratus pada Januari 2021 kepada 3.9 peratus pada Mei 2022 dan ia masih jauh lagi tinggi jika dibandingkan dengan situasi sebelum pandemik berlaku.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pelbagai pendekatan telah dibuat bagi menempatkan mereka yang menganggur dalam bidang pekerjaan termasuk Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian.

“Sehingga 29 Julai 2022 sebanyak 120,237 pencari kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan pada 2021, Jamin Kerja-Insentif Penggajian telah meneruskan program ini dengan pemberian insentif RM900 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan yang menggajikan golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berusia 18 hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif.

“Golongan perantis ini perlu ditawarkan kontrak enam bulan dengan bayaran gaji pemula berjumlah RM1,500,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim meminta kementerian menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada 671,000 penganggur.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, kesan daripada itu, seramai 5,932 orang memperoleh manfaat daripada program berkenaan.

Selain itu, menteri turut menjelaskan yang kerajaan turut meluaskan program Sistem Insurans Pekerjaan-Elaun Mencari Pekerjaan Plus kepada golongan bukan pencarum bagi membantu mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan baharu.

“Setakat 29 Julai 2022, seramai 1,487 pencari kerja telah diluluskan permohonannya bagi program ini,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok