Bank pelaburan jangka BNM naikkan OPR lagi tahun ini

July 28, 2022 · Isu semasa

Kalangan bank pelaburan tempatan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 25 mata asas (bps) menjelang akhir tahun ini, menjejaki kenaikan kadar 75 bps oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) dalam nota tinjauannya hari ini berkata, ia mengunjurkan BNM mengekalkan sentimen kecenderungan menaikkan kadar faedah dan meningkatkan OPR sekurang-kurangnya 25 bps pada setiap dua lagi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tahun ini yang dijadualkan pada 7 hingga 8 Sept dan 2 hingga 3 Nov, menurut laporan Bernama.

Katanya langkah agresif Fed untuk mengurangkan inflasi menunjukkan ia akan terus meningkatkan kadar faedah yang ketara, pada perbelanjaan pertumbuhan.

Menurut Kenanga, di Malaysia, tekanan inflasi semakin meningkat dengan mencatatkan 3.4 peratus lebih tinggi daripada jangkaan pada Jun 2022 berbanding 2.8 peratus pada Mei 2022 berikutan peningkatan permintaan serta perbelanjaan berpuncakan pelancongan susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan sekatan Covid-19 yang dimansuhkan.

“Seiring dengan jangkaan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus dipacu oleh pemulihan permintaan domestik yang lebih kukuh, kami meramalkan BNM mengekalkan kecenderungan menaikkan kadar faedah dan meningkatkan OPR sekurang-kurangnya 25 bps pada setiap dua lagi mesyuarat MPC pada tahun ini,” menurut Kenanga.

Dalam pada itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjurannya untuk BNM meningkatkan OPR dengan penambahan 25 bps ketika mesyuarat MPC pada September, melabuhkan tirai 2022 dengan OPR 2.5 peratus berbanding kadar semasa 2.25 peratus.

“Pembukaan semula sempadan antarabangsa, peralihan kepada status endemik Covid-19 dan skim pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka menyokong KDNK Malaysia pada suku kedua 2022,” katanya dalam nota berasingan.

Bagi AS, HLIB menjangkakan Fed akan terus meningkatkan kadar faedah dalam masa terdekat walaupun ia sedar kadar faedah yang lebih tinggi mungkin mewujudkan kebimbangan kepada berlakunya kemelesetan berikutan pengeluaran perindustrian merosot sedikit pada Jun, manakala perbelanjaan penggunaan peribadi turut menguncup pada Mei.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok