Pemandu peribadi terlepas tali gantung

July 27, 2022 · Isu semasa

Seorang pemandu peribadi dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini daripada tuduhan mengedar 47 kilogram ganja, lima tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu, lapor Bernama.

Nur Azimuddin Md Noor, 42, yang berasal dari Pulau Pinang itu didakwa mengedar 47.76 kg ganja di Parkir Basement, Vanda Business Park, Jalan Sungai Dua dekat sini pada kira-kira 11.30 malam, 3 Feb, 2017.

Nur Azimuddin, yang diwakili peguam Abd Rahim Mohamed dan R. Dev Chander, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan berhubung pemilikan dadah berkenaan oleh tertuduh.

Mahkamah juga mendapati berlakunya percanggahan dalam keterangan saksi-saksi penting pihak pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memanggil seramai 11 saksi memberi keterangan sejak 1 Nov 2021.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok