Sekolah Kelantan ditutup sehingga Aidilfitri

April 30, 2021 · Isu semasa

Penutupan semua 596 buah sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan di Kelantan yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri, lapor Bernama.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi berkata seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan sesi persekolahan akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 16 hingga 27 Mei.

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan akan dibuka semula pada 13 Jun,” katanya.

Pada Selasa (27 April), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sehingga 17 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19.

Semalam, Kelantan merekodkan 401 kes positif baharu COVID-19 dengan 32 kluster yang masih aktif.

Sementara itu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Setiu, Terengganu ditutup 14 hari bermula Rabu lepas hingga 11 Mei berikutan terdapat 12 kes positif COVID-19 di sekolah berkenaan melibatkan 11 pelajar dan seorang guru.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata berikutan itu semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan menjalani ujian calitan dan proses kuarantin.

Beliau berkata penutupan sekolah dilakukan bagi memberi laluan kepada proses disinfeksi dan membuat saringan kesihatan untuk mencegah penularan COVID-19 di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dr Nor Azimi turut mengingatkan golongan guru agar terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mencegah penularan yang lebih besar di sekolah.

“Guru juga kena sentiasa jaga jarak dengan pelajar termasuk ketika sesi ‘tasmik’ al-Quran kerana sudah ada kes jangkitan berlaku ketika sesi ini berjalan dan jumlahnya lebih daripada seorang,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok