Langkawi diiktiraf pulau terbaik di Asia Tenggara

July 22, 2022 · Isu semasa

Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa ‘Asia Best Awards 2022’ dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan, lapor Bernama.

Beliau berkata kejayaan manis itu turut diiringi dengan berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab untuk memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasaruddin berkata sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa berpotensi menggiatkan semula ekonomi dan merangsang pendapatan masyarakat setempat.

“Bagi merealisasi hasrat ini, kami memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu Pelancongan Leisure (Antarabangsa & Domestik), Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan Acara Pelancongan.

“Pelan tindakan kami merangkumi mempromosikan pelancongan berkonsepkan hijau, mencipta pengalaman dan bertanggungjawab, insentif seperti membeli-belah bebas cukai dan mewujudkan tempat yang menarik untuk Instagram bagi memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara,” katanya.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok