Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

July 21, 2022 · Isu semasa

Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketidaktentuan di Kesatuan Eropah (EU) selepas Perdana Menteri Itali Mario Draghi meletak jawatan, kata seorang penganalisis.

Laporan media menyatakan tindakan Draghi pada hari ini telah menyebabkan ekonomi ketiga terbesar EU itu mengalami kemelut politik terbaharu, menurut Bernama.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.4575/4590 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4540 pada akhir urus niaga semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata tindakan pemimpin Itali itu telah mencetuskan tumpuan pelabur yang melihat dolar AS sebagai mata wang selamat berikutan risiko terbabit.

“Ketidaktentuan ini sudah semestinya buruk dari aspek perpaduan Eropah dan menyebabkan lebih banyak mata wang seperti ringgit akan mengalami kesannya.

“Berikutan itu, pelabur pasaran dijangka lebih memilih mata wang selamat seperti dolar AS selain faktor kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS menaikkan lagi 75 mata asas dalam kadar faedah pada mesyuarat minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ringgit menyaksikan dagangan lebih rendah walaupun di tengah-tengah laporan positif mengenai aliran gas Nord Stream 1 dari Rusia yang akan kembali beroperasi.

Dalam pada itu, ringgit sebaliknya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1960/1976 daripada 3.1978/2009 pada Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3236/3254 daripada 5.3498/3546, sebelum ini.

Ringgit juga tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2128/2142 daripada 3.2202/2233 semalam serta mengukuh berbanding euro kepada 4.5386/5402 daripada 4.5586/5627.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok