Usul bahas isu Sulu dibawa Shafie sekali lagi ditolak DUN Sabah

July 21, 2022 · Isu semasa

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sekali lagi dalam usahanya untuk membawa usul membahaskan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Usul tersebut yang dibawa sekali lagi ditolak Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya yang menjelaskan penolakan itu dibuat mengikut peraturan tetap 23 A (23) mana-mana usul yang ditolak di bawah perenggan satu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.

“Maka permohonan (membahaskan semula) usul itu telah saya tolak dan saya telah sampaikan kepada yang berhormat (Shafie),” katanya dipetik laporan Astro Awani semasa Sidang DUN Sabah hari ini.

Terdahulu semula memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan Aturan Urusan Mesyuarat Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16, Shafie yang juga ADUN Senallang bangun dengan membawa peraturan tetap (standing order) 31.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan itu memaklumkan sudah menghantar permohonan semula meminta izin majlis membincang dan membahaskan mengenai keselamatan Sabah terhadap ancaman waris Kesultanan Sulu.

“Permohonan semula ini adalah untuk meminta izin membahaskan mengenai keselamatan bukan Sabah dan bukan mengenai Azerbaijan dan Mahkamah di Sepanyol tetap tentang keselamatan serta ancaman perkara ini kepada Sabah.

“Isu ini penting berkaitan nyawa. Jangan nanti berlaku kejadian di bumi Sabah (keselamatan),” katanya.

Pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau melarang Ahli Parlimen daripada membahaskan isu perundangan merampas aset Malaysia di luar negara oleh pihak mendakwa pewaris kesultanan Sulu, bagi mengelakkan strategi balas Putrajaya terdedah.

Beliau terpaksa menjelaskan keputusannya menolak beberapa usul berkaitan perkara itu diteliti selepas ahli Parlimen pembangkang hari ini menegaskan Speaker telah membuat keputusan yang salah, sehingga mencetuskan kekecohan.

“Mengenai isu sub judice, (Perintah Tetap) 36 (2) menyatakan bahawa tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh mahkamah jika pengerusi mendapati ia merugikan pihak yang terlibat dalam prosiding undang-undang,” katanya

“Apabila kita bercakap tentang perkara Sulu ini, sudah ada perintah ex-parte di mana kita perlu bayar AS$15 bilion (RM66 bilion). Adakah kita mahu berbincang dan semasa perbincangan ini berlaku, kita tidak akan tahu apa yang akan diperkatakan, dan secara tidak sengaja strategi kerajaan terbongkar dan akan ada kritikan terhadap tindakan yang akan diambil oleh kerajaan,” tambahnya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok