Anwar kritik keputusan DUN Sabah naik gaji anggota pentadbiran

July 20, 2022 · Politik

Tidak sepatutnya usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli DUN (ADUN) dan anggota pentadbiran diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu mengkritik keputusan DUN Sabah semalam yang disifatkan tidak sensitif dengan kesusahan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

“Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat sedang bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.

“Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutama pada waktu yang sangat memprihatinkan saat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, DUN Sabah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, ADUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Usul bagi Rang Undang-Undang (RUU) Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu diluluskan dengan suara terbanyak.

Dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri ketika menggulung usul itu berkata, implikasi kewangan kerajaan negeri bagi pelaksanaan kenaikan saraan berkenaan dilihat tidak terlalu berat dan hanya membabitkan jumlah RM5.6 juta setahun.

Jelasnya lagi, kenaikan itu telah dikaji dengan teliti oleh jawatankuasa diterajui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, dan kenaikan terbabit diharap mampu meringankan beban ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok