Dua lelaki naik kereta waja diburu polis simbah cat di kelab komedi

July 20, 2022 · Isu semasa

Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran, lapor Bernama.

Katanya laporan polis telah dibuat oleh pekerja bank berkenaan pada 10 pagi dan pemilik restoran terbabit pada pukul 4 petang tadi.

Amihizam berkata pemilik restoran, lelaki berusia 39 tahun memberitahu restoran miliknya telah disimbah cat berwarna merah pada papan tanda restoran manakala lantai pintu utama menuju ke tangga disimbah cat warna hitam.

“Polis telah membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan restoran berkenaan dan mendapati kejadian berlaku antara pukul 4.15 pagi hingga 5.09 pagi tadi.

Semakan turut mendapati dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja telah membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda restoran berkenaan namun, sebahagian dari cat hitam yang dibaling ke restoran telah terkena pada pintu utama bank dan rakaman CCTV akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk mendapatkan analisis pakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amihizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (iaitu melakukan khianat).

Berita berkaitan
Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu
October 20, 2023· Isu semasa
Polis dapatkan bantuan Interpol kesan lokasi pelawak perlekeh negara
June 13, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan himpunan desak Azam Baki sudah lengkap, polis tunggu arahan
February 20, 2022· Isu semasa
Polis panggil 8 individu berhubung ceramah dalam himpunan haram
January 24, 2022· Isu semasa
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok