Kertas siasatan himpunan desak Azam Baki sudah lengkap, polis tunggu arahan

February 20, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Buat masa ini, pihak polis masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak terbabit, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor.

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah lama lengkap dan dirujuk pejabat berkaitan. Kita masih menunggu arahan lanjut daripada pejabat berkenaan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan kehadiran beberapa individu terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpunan #TangkapAzamBaki, pada 22 Januari lalu.

Selain ahli politik termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan aktivis, Adam Adli Abdul Halim, polis turut mengenal pasti orang awam yang menyertai perhimpunan yang dihadiri kira-kira 400 individu di sekitar Jalan Bangsar menuju ke Jalan Travers, di sini.

Lebih 50 peserta perhimpunan mula dikesan berkumpul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar pada jam 10.45 pagi dengan memakai baju hitam sebelum peserta perhimpunan bertambah kepada 400 orang pada jam 11.45 pagi.

Dari LRT Bangsar, peserta perhimpunan berarak ke Jalan Travers sambil membawa kain rentang bercetak ‘Tangkap’ sebelum berhenti di persimpangan menuju ke pekan Brickfields.

Di situ, ketua perhimpunan memberikan ucapan selama 30 minit sebelum mereka berpatah balik ke LRT Bangsar dan bersurai secara berperingkat.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023 · Isu semasa
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok