Aspek keselamatan negara tak terjejas dengan langkah penjimatan

July 19, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah penjimatan perbelanjaan yang diambil kerajaan tidak akan menjejaskan aspek keselamatan negara.

Beliau menegaskan aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan negara dan projek seperti pembinaan kem atau berkaitan kawalan sempadan tidak akan terjejas, lapor Bernama.

“(Aspek) keselamatan tidak akan terjejas dengan (penjimatan ini), keselamatan tetap diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN22) dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 di sini hari ini.

Pada Sabtu (16 Julai), dilaporkan kerajaan akan menyusun semula peruntukan bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022 bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan memuktamad dan mengeluarkan Waran Sekatan bagi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan dikurangkan.

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan, MOF berkata ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan geopolitik antarabangsa serta kenaikan mendadak harga komoditi global dan makanan telah mengakibatkan tekanan inflasi yang tinggi.

Ismail Sabri berkata perincian lanjut mengenai langkah penjimatan perbelanjaan yang akan dilaksanakan itu akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berita berkaitan
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Muhyiddin gesa PMX jelaskan perjanjian dengan Indonesia, bimbang kedaulatan negara
June 11, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok