Wanita didakwa hina Islam berdepan hukuman penjara, ikat jamin RM20,000

July 13, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bulan lepas.

Bagaimanapun, Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Siti Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian permusuhan, niat jahat, atau menjejaskan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.

Jika nanti didapati bersalah dia boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang pada awalnya memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh.

Peguam bela Siti Nuramira, R Selvaraj, kemudiannya berhujah, wanita terbabit patut dibenarkan diikat jamin RM4,000 kerana memberi kerjasama dengan polis sepanjang siasatan dijalankan.

“Kerjasamanya dengan polis semasa siasatan perlu diambil kira kerana tiada risiko dia tidak hadir ke mahkamah atau melarikan diri.

“Apabila polis menghubunginya berhubung kejadian video tular, enam jam sebelum polis tiba di rumahnya, dia tidak melarikan diri dan menunggu polis datang.

“Walaupun ditahan, dia memberikan kerjasama semasa dalam reman,” katanya.

Siti Aminah kemudian memutuskan Siti Nuramirah diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia, selain memerintahkan dia melaporkan diri di balai Brickfields setiap bulan.

Hakim turut memerintahkan Siti Nuramira menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan tidak membuat ulasan berhubung kes itu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok