MP fail usul tergempar bahas isu rampasan aset Petronas

July 13, 2022 · Isu semasa

Susulan laporan rampasan aset Petronas oleh pihak yang dikatakan kesultanan Sulu, seorang Ahli Parlimen (MP) memfailkan usul tergempar ke Parlimen untuk dibahas.

MP Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan sudah menghantar usul tersebut kepada Parlimen dan mahu ia dibincangkan semasa sidang Dewan Rakyat dibuka bermula 18 Julai nanti.

“Saya telah menghantar satu usul tergempar kepada speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh kesutanan Sulu.

“Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah itu, rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu rampasan aset Petronas tersebut dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa menjawabnya di Parlimen.

“Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.

Usul tergempar bertarikh 12 Julai itu diajukan dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) (2) berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.

“Perdana menteri perlu menjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia dan Petronas berkaitan perkara ini,” kata Salahuddin dalam usul kepada Parlimen itu.

Semalam, Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan waris kesultanan Sulu yang dikatakan itu menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia – merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin.

Keturunan sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok