DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan

July 5, 2022 · Politik

DAP menjangka pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Beliau berkata ruang bagi kemungkinan PRU-15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan, lapor Bernama.

“Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan Bajet 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan,” katanya kepada editor kanan media di mesyuarat Concorde Club di sini hari ini.

Katanya beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.

Tempoh penggal semasa Parlimen tamat pada Julai tahun depan.

Merujuk kepada penggunaan logo bagi pakatan pembangkang pada PRU itu nanti, Loke berkata tiada keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan setakat ini, dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan bulan depan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok