Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main

July 3, 2022 · Politik

Sokongan padu diberikan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dikekalkan sebagai Perdana Menteri (PM) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu mempertahankan Ismail Sabri sebagai calon PM walaupun terdapat pihak tertentu yang menyerang dengan menuduhnya lembik dan tidak layak untuk menjadi ketua kerajaan negara.

“Saya tetap setia dan menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, meskipun ada sesetengah kata itu ini termasuk beliau lembik sedangkan dalam tempoh tidak sampai setahun menjadi Perdana Menteri, macam-macam beliau buat.

“Selaku wakil rakyat, selagi saya bergelar ketua atau tidak, kita di Pasir Salak, saya akan memberi jaminan untuk memberi sokongan padu untuk beliau (Ismail) menjadi Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Tajuddin berkata demikian semasa program Kenduri Rakyat sempena Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak, di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah hari ini.

Sementara itu, Tajuddin juga memberi amaran kepada pihak yang memandang rendah terhadap keupayaannya, malah boleh mengumpulkan banyak penyokong.

“Perhimpunan Muafakat Nasional, Melayu Bangkit dan himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), itu semua kerja saya, lawan tetap lawan,” katanya.

Minggu lalu, Tajuddin yang juga bekas Ahli Majlis (MT) UMNO yang baharu sahaja disingkirkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mengenai surat akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Tajuddin juga mendedahkan laungan pemimpin UMNO bahawa ‘No DAP No Anwar’ adalah satu pembohongan sebaliknya Zahid adalah antara yang menandatangani SD menyokong Anwar menjadi PM.

Beliau juga mengakui menjadi salah seorang yang diminta menandatangani SD itu.

Tajuddin juga mendesak agar Zahid meletak jawatan sebagai Presiden kerana menjadi liabiliti kepada parti disebabkan kes mahkamah yang dihadapinya.

Spekulasi bertiup kencang Tajuddin berkemungkinan berdepan tindakan disiplin susulan kritikannya terhadap Zahid baru-baru ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok