Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM

July 2, 2022 · Isu semasa

Kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang semakin meningkat adalah fenomena global yang turut dihadapi banyak negara lain, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kerajaannya sering mencari jalan untuk menangani isu kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat dan menjelaskan Malaysia bukan berada di planet lain apabila banyak negara lain juga berdepan situasi sama.

“Mengenai kos sara hidup, ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi seluruh dunia. Kita Malaysia bukan berada di planet lain, kita dalam dunia sama dan saling berhubung berkaitan negara lain.

“Kita negara pengimport produk makanan. Contoh, ayam naik harga kerana bahan makanan daripada luar, kerana kita bukan pengeluar jagung dan kacang soya.

“Harga lain naik kerana fenomena global (apabila) dulu Covid-19, bila kita buka industri banjir besar dan selepas itu perang Rusia- Ukraine,.

“Walaupun kerajaan tahu fenomena global, kerajaan tidak berdiam diri dan umum (langkah) jangka pendek, sederhana dan panjang (yang melibatkan kerjasama) kerajaan negeri, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Ismail Sabri terdahulu menghadiri Majlis Persidangan Perwakilan MTUC Kali Ke-42 di Auditorium Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

Menurut Ismail Sabri lagi, inflasi di negara ini masih rendah pada kadar 2.8 peratus jika dibandingkan dengan negara jiran lain.

“Inflasi rendah kerana kita beri subsidi bagi mengawal inflasi dan Kerajaan telah belanja RM77.7 bilion. Jika tidak diberi subsidi, inflasi mungkin boleh naik sehingga 11 peratus.

“Untuk pasti rakyat tak terbeban kerajaan tanggung sepatutnya beberapa produk (walaupun sepatutnya) tak perlu subsidi (kerana) kita berdepan (parti) politik mereka akan spin sebagainya,” jelasnya.- UTUSAN

Berhubung isu subsidi, Ismail Sabri berkata biarpun tidak berapa menyukai subsidi yang diperuntukkan sehingga RM700 juta, namun kerajaan tidak mempunyai pilihan.

Katanya, ini kerana subsidi barangan makanan seperti ayam bukan sahaja boleh dinikmati penduduk tempatan, tetapi juga termasuk rakyat asing yang berada di negara ini.

“Pekerja Bangladesh, Rohingya dan tauke-tauke restoran besar beli serta makan ayam subsidi, (walhal) dari segi konsep subsidi untuk orang miskin dan rakyat kita.

“Tetapi untuk sekat kenaikan harga, kita beri subsidi dari apungkan yang mungkin boleh mencecah RM11 hingga RM12 sekilogram.

“Minyak masak juga masih subsidi untuk kegunaan rumah dan bukan kegunaan restoran, jadi sebenarnya cukup (kerana) minyak masak diberi subsidi sebanyak 60 tan metrik berbanding 55 tan metrik (yang dianggarkan) kegunaan rakyat.

“Oleh itu, (kalau) tak cukup sebab ada penyelewengan, jadi sebab saya beritahu Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gerakkan penguatkuasa,” ujarnya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Saman lucut hak RM16 juta milik keluarga Azeez didengar 3 Januari
October 8, 2021
Rasuah RM2 juta: Zahid sebut peranan Najib ‘arah lulus’ projek visa
May 26, 2022
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
18 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
18 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok