Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin

July 1, 2022 · Politik

Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebaliknya, semua pihak dalam UMNO perlu fokus untuk merapatkan barisan demi kestabilan parti dalam mendepani pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), menurut laporan Bernama.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu berkata semua pemimpin parti yang memegang jawatan sama ada dalam kerajaan atau Majlis Tertinggi parti, wajar menjalankan amanah dipertanggungjawabkan dengan hati yang penuh ikhlas.

“Jika (perbalahan) berlarutan, akhirnya rakyat akan menghukum kita. UMNO daripada dahulu lagi tidak asing daripada menuntut kita (pemimpin dan ahli) merapatkan barisan.

“Kita akan berdepan pilihan raya umum, rakyat akan menentukan kedudukan kita sebagai satu kerajaan dan kita (UMNO) juga akan berdepan pemilihan parti, dan ahli parti akan menentukan kedudukan pimpinan tertinggi parti,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Stesen Udara Kota Kinabalu dan Skuadron 503, serta menyaksikan penyerahan Helikopter Operasi Maritim di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hishammuddin berkata perbalahan antara pucuk kepimpinan parti tidak hanya berlaku dalam UMNO mahupun BN sahaja, kerana parti-parti politik lain turut berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, beliau yakin UMNO mampu menangani perkara tersebut dengan baik berdasarkan kepada pelbagai situasi sama dihadapi parti itu, yang menyaksikan pertembungan lebih hebat antara para pemimpinnya sebelum ini.

“Tetapi, ia (pertembungan hebat antara pemimpin sebelum ini) tidak menjejaskan wadah UMNO sebagai satu parti yang boleh diharapkan orang ramai,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok