Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina

July 1, 2022 · Isu semasa

Dua akhbar berbahasa Cina kalah dalam kes saman fitnah melibatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP itu sebelum ini menyaman China Press dan Guang Ming Daily dan Mahkamah Tinggi Georgetown mengarahkan mereka membayar ganti rugi RM150,OOO ekoran artikel fitnah diterbitkan kedua-dua akhbar itu.

Hakim Tun Majid Tun Hamzah semasa membacakan keputusan mahkamah itu berkata akhbar terbabit tidak mendapatkan maklumat daripada Guan Eng berhubung perkara sebenar sebelum menerbitkan laporan berhubung kenyataan dibuat ahli perniagaan yang diperintahkan membayar jumlah tunggakan cukai RM2.4 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penerbit diperintahkan – Guang Ming Ribao dan The China Press Berhad – membayar RM120,000 sebagai ganti rugi dan RM30,000 sebagai kos.

Artikel diterbitkan dalam portal berita China Press, pada 13 Mei 2019, dan dalam penerbitan Guang Ming Daily dalam edisi cetak, sehari selepas itu.

Laporan itu berdasarkan sidang media dibuat ahli perniagaan berkenaan, Chang Wei Lu, yang juga bekas pemimpin Majlis Kaum Cina dan Dewan Perniagaan Cina di Pulau Pinang.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Chang berkata, derma RM500,000 kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman “secara tidak sengaja” menimbulkan rasa tidak puas hati Guan Eng, yang dikatakan enggan memberi dana kepada institusi itu.

Pada masa sama, katanya, beliau dikenakan RM2.4 juta bayaran cukai oleh LHDN dan dilarang meninggalkan negara ini.

Guan Eng berhujah, kenyataan disiarkan menjadikan dirinya seperti menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan dan “salah guna” LHDN untuk mengambil tindakan terhadap Wei Lu.

Katanya, kenyataan dibuat itu “menjejaskan dengan teruk” peribadi, reputasi dan nama baik, sambil menambah China Press dan Guang Ming Daily sepatutnya mengangkat kewartawanan bertanggungjawab.

Kedua-dua penerbitan memberitahu mahkamah mereka ada mendapatkan komen daripada Guan Eng selepas artikel itu diterbitkan, namun beliau enggan mengulas.

K Simon Murali mewakili Guan Eng, manakala Yiew Voon Lee mewakili China Press dan Guang Ming Daily.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok