Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai

June 30, 2022 · Isu semasa

Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar dihadapinya dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak 2018, terbatal dan tidak sah, akan didengar pada 6 Julai ini.

Menerusi semakan sistem mahkamah, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah ketika dihubungi hari ini, menurut laporan Bernama.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 24 Jun lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dengan menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Sebelum ini isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Bagaimanapun permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa fiat versi pertama yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai 2020, yang sepatutnya ditandatangani oleh Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Tommy Thomas pada atau sebelum 15 Nov 2018, iaitu tarikh pendakwaan ke atas pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pemohon memohon deklarasi bahawa fiat versi kedua bertarikh 11 Mei 2021 adalah tidak wujud memandangkan Thomas di dalam bukunya – ‘My Story: Justice in Wilderness’ yang diterbitkan pada 2021 menyatakan pelantikan Sri Ram adalah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan bukannya kes solar selain memohon deklarasi bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu melalui fiat versi ketiga adalah cacat.

Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah dan terbatal.

“Oleh itu, saya selaku Orang Kena Tuduh (OKT) hendaklah dilepaskan dibebaskan daripada semua pertuduhan dihadapi di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di dalam kes solar itu,” kata Rosmah dalam permohonannya.

Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 7 Julai ini untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
56 minit lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
AUKU tetap tak dimansuhkan, janji manifesto PH tak ditunaikan
March 16, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok