Kes rogol dan amang seksual, seorang guru mengaji dihadapkan ke mahkamah

June 29, 2022 · Isu semasa

Seorang guru mengaji al-Quran berdepan 17 tuduhan rogol dan amang seksual di Pulau Pinang terhadap dua beradik sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Ashaari Ibrahim, 74, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini dan membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohd. Yunus, menurut laporan Utusan Malaysia.

Mengikut enam pertuduhan di hadapan Hakim Noor Aini, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia tujuh tahun di Jalan Baru di sini antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ashaari turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi 11 lagi pertuduhan di hadapan hakim Norhayati, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia lima tahun yang juga kakak kepada mangsa pertama.

Mengikut pertuduhan, Ashaari didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama antara 1 Januari 2014 sehingga Mac 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat.

Dalam pada itu, kedua-dua hakim turut membenarkan permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Ahli perniagaan bebas 2 tuduhan menipu beli milikan pegangan pesawat, helikopter
June 27, 2023· Isu semasa
Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok