Skuad hoki negara juga wajar diberi imbuhan layak ke Piala Dunia

June 17, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini selepas skuad bola sepak negara, Harimau Malaya melayakkan diri ke Sukan Asia 2023 mengumumkan kerajaan menimbang untuk memberi imbuhan dan majlis keraian sebagai tanda penghargaan.

Jika skuad bola sepak negara melayakkan diri ke Sukan Asia, tidak kurang hebatnya juga skuad hoki senior negara yang layak ke Piala Dunia 2023. Jadi adakah hanya skuad bola sepak diberikan penghargaan walhal jika dibandingkan, Piala Dunia adalah tahap tertinggi dalam mana-mana acara sukan?

Wajarkah hanya skuad Harimau Malaya sahaja diberikan penghargaan tetapi tidak skuad hoki negara, The Speedy Tigers.

Bagi pemerhati sukan negara, Zakaria Ab Rahim menyifatkan kejayaan skuad hoki negara tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga membanggakan negara hasil usaha keras mara ke saingan Piala Dunia.

“Seperti mana kejayaan Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023, saya pasti rakyat Malaysia juga berbangga dengan kejayaan skuad hoki negara mara ke Piala Dunia 2023.

“Cuma, mengapa hanya skuad Harimau Malaya yang dipertimbangkan untuk menerima imbuhan? Sewajarnya imbuhan juga diberikan kepada skuad hoki negara atas kejayaan mereka.

“Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, jadi naib juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023 dan berada pada ranking ke-10 dunia tetapi mana imbuhan kepada mereka? Malah, tidak ada pemimpin negara atau wakil daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir pada final berkenaan,” katanya dipetik portal.

Bagaimanapun, Ismail Sabri sudah memberikan komitmennya untuk mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam menentukan bentuk pemberian imbuhan kepada Speedy Tigers.

Langkah tersebut dilihat sebagai terbaik kerana tidak seharusnya skuad hoki negara diabaikan dan dipandang sepi oleh kerajaan.

“Skuad hoki negara sememangnya wajar menerima imbuhan daripada pihak kerajaan kerana mereka perlu melakukan persediaan rapi bagi mengharungi saingan Piala Dunia tahun depan.

“Antara persediaannya adalah dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang beberapa pasukan handalan dunia atau pasukan dari luar negara bagi menguji kemampuan Malaysia.

“Jadi saya harap semua pihak perlu serius dalam isu melibatkan imbuhan ini kerana ia dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat atau persediaan atlet atau pemain negara untuk beraksi kelak,” kata Ismail Sabri.

Pada masa sama, Zakaria mengharapkan KBS dapat melihat semula keutamaan dalam memberikan imbuhan khususnya bagi prospek jangka masa panjang.

“KBS perlu kaji semula keutamaan untuk memberikan imbuhan. Jika mahu beri imbuhan, bukan kepada pemain tetapi kepada pasukan. Beri imbuhan kepada pasukan Bawah 17 tahun (B-17), rata-ratanya pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia B-17.

“Mereka adalah prospek ke Piala Dunia 2030, itu pun kalau serius nak ke Piala Dunia,” jelasnya yang pernah memegang tugas selaku pengurus skuad bola sepak Selangor.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan ganjaran kepada Harimau Malaya atas kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Berita berkaitan
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Penduduk Gurun ada hak undi siapa : Baddrol Bakhtiar
July 30, 2023· Politik
Bekas pemain kebangsaan mula berkempen untuk PN di Kedah
July 25, 2023· Politik
Baddrol Bakhtriar masuk politik demi agama, bangsa
July 22, 2023· Politik
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok