Baddrol Bakhtriar masuk politik demi agama, bangsa

July 22, 2023 · Politik

Bekas kapten pasukan bola sepak Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan besar dalam hidupnya dengan terjun ke dunia politik dan mengorbankan kariernya.

Mendedahkan penghijrahannya sempena Maal Hijrah, bekas pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu berkata ia demi memperjuangkan agama dan bangsa selain membantu mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Pertamanya, saya ingin perjuangkan agama serta bangsa. Saya juga ingin pertahankan individu yang orang dok serang sekarang ini dan beliau juga tenang bertahan iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Itu sebab saya terhutang hati untuk perjuangkan Muhammad Sanusi dan pertahankan negeri Kedah ini di bawah beliau,” katanya ketika berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, di Padan Terap, malam tadi, lapor Utusan.

Program itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Mohd Radzi Md. Amin serta legenda bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din yang turut pernah bertanding mewakili PAS di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nama kedua-dua bekas pemain bola sepak itu ketika ini hangat diperkatakan untuk menjadi calon PAS bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Mengulas lanjut Baddrol berkata, tindakannya itu sememangnya di luar jangka malah jelas tergambar melalui kesedihan yang dipamerkan pasukannya pada malam terakhir beraksi bersama Sabah FC ketika mereka menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabtu lalu.

“Sebab itu malam terakhir saya di Sabah ketika bersama Rizal Ghazali (rakan sepasukan sejak di Kedah), tak boleh tahan. Malah dia pun tanya, betulkah mu (kamu) nak tinggalkan aku dalam loghat Balingnya.

“Saya minta maaf pada Rizal dan katakan mungkin sampai di sini sahaja perjuangan saya dalam bola sepak,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada beliau akan dicalonkan untuk bertanding dalam PRN, Baddrol berkata, beliau percaya kepada takdir Tuhan.

“Kalau kita ikhlas, jujur dalam perjuangan atau bidang diceburi, insya-Allah Tuhan bantu. Malam ini saya terharu dengan anak-anak muda yang hadir dan rasa teruja serta lebih bersemangat untuk perjuangkan apa yang saya impikan selama ini.

“Saya juga menyeru penduduk kampung di sini supaya memilih pemimpin yang ada sifat kepemimpinan dan mendengar keluhan rakyat selama ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Sanusi dirakam keterangan polis lagi berhubung ceramah PRK Pelangai
October 10, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok