Penduduk Gurun ada hak undi siapa : Baddrol Bakhtiar

July 30, 2023 · Politik

Bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mengambil keputusan terjun ke dunia politik memberitahu beliau akan memberikan yang terbaik kepada pengundi sama seperti dilakukannya dalam dunia bola sepak.

Calon PAS bagi DUN Gurun itu membandingkan pengalamannya ketika pencalonan semalam seperti bermain dalam perlawanan akhir bola sepak.

“Saya berazam mahu buat yang terbaik untuk rakyat, macam mana saya bermain bola sepak di padang dan rapat dengan penyokong bola sepak negeri Kedah, macam itulahlah saya mahu mencurahkan usaha saya kepada rakyat di negeri Kedah ini sekiranya saya dipilih nanti.

“Perasaan saya memang teruja dan saya bersyukur, rasa terharu kerana ramai yang hadir pada pagi ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan sebaik menyerahkan borang dan disahkan calon, saya berserah kepada Allah.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk bersama dengan rakyat sekitar taman di DUN Gurun untuk memberi kepercayaan kepada penduduk di Gurun dan mereka ada hak untuk mengundi siapa yang mereka pilih,” katanya yang kelihatan tenang dan tidak kekok selepas selesai menyerahkan borang pencalonannya.

Baddrol bersama calon PN Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan calon Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat tiba awal di Pusat Penamaan Calon di Dewan Lestari Guar Chempedak semalam dengan diiringi lebih 1,000 penyokong.

Baddrol akan bertembung satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan, Firdaus Johari, anak penyandang DUN Gurun, Tan Sri Johari Abdul.

Berita berkaitan
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
PRK Pulai dan Jeram: 22 borang penamaan calon sudah dijual
August 23, 2023· Politik
SPR bermesyuarat bincang PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini
August 3, 2023· Politik
Tiada insiden tidak diingini di 173 pusat penamaan calon, berjalan lancar: Polis
July 29, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok