Tiada insiden tidak diingini di 173 pusat penamaan calon, berjalan lancar: Polis

July 29, 2023 · Politik

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata menerusi pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas 173 pusat penamaan calon juga mendapati tiada sebarang provokasi dikesan daripada penyokong parti-parti politik serta individu yang bertanding, menurut laporan Bernama.

“PDRM juga membuat tinjauan menggunakan dron di enam negeri yang mengadakan PRN dan hasil penelitian saya dari Pusat Gerakan Bukit Aman mendapati keadaan (prose penamaan) berjalan dengan baik. Dron-dron itu juga akan digunakan untuk memantau (perjalanan) pada hari mengundi nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

PRN yang bermula hari ini melibatkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36) dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Di SELANGOR, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata proses penamaan calon di kesemua 35 pusat penamaan calon adalah baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Pengundi yang bakal mengundi awal pada 8 Ogos ini dan mengundi pada 12 Ogos dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Di TERENGGANU, Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata 2,468 pegawai dan anggota telah digerakkan bagi memastikan keselamatan di 32 pusat penamaan calon selain kelancaran lalu lintas di negeri itu.

“Semua parti politik dilihat patuh kepada arahan dan peraturan polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya lihat semuanya lancar dan mereka juga berpuas hati dengan tempat berkumpul yang berjarak 50 meter dari Pusat Penamaan Calon dan tiada aduan diterima setakat ini,” katanya.

Mazli berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan lebih di tiga “lokasi panas” iaitu di Batu Enam, Wakaf Mempelam dan Kampung Buloh.

Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Polis Negeri Datuk Khaw Kok Chin berkata keadaan sama turut dilaporkan di 23 pusat penamaan di negeri itu tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar
May 9, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok