Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar

May 9, 2023 · Politik

Bersatu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut seruan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengisytihar kesemua hartanya.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata rakyat sudah pasti mahu mengetahui kekayaan sebenar yang dimiliki Ahli Parlimen Tambun itu ketika menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini.

“Jadi saya amat bersetuju bahawa jangan kita sentiasa menuding jari kepada satu-satu pihak tetapi diri sendiri tak berani nak menunjukkan bagaimana beliau mampu hidup berpolitik dengan begitu mewah sepanjang berapa lama di luar kerajaan.

“Hari ini tak ambil gaji dan sebagainya tapi ‘still maintain wonderful life’, jadi saya fikir memang patutlah. Rakyat juga nak tahu dari mana datang duit, siapa sponsor (taja) helikopter, siapa taja billboard gergasi dan sebagainya. Semua nak tahu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Semalam Mahathir mencabar Anwar mengisytihar kesemua hartanya bagi membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bersih dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ia susulan tindakan Anwar yang akhir-akhir ini asyik mengulangi kenyataan kononnya ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan mempunyai berpuluh-puluh kotak bukti berkaitan tuduhan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata gabungan itu sudah pun mengagihkan tugasan kepada negeri-negeri terlibat untuk membantu jentera pilihan raya di enam negeri.

Menurutnya, jentera akan bergerak ke kawasan Dewan Undangan Negeri yang menjadi tumpuan.

Berita berkaitan
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu· Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu· Politik
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu· Isu semasa
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
19 minit lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
28 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
41 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok