Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1

September 9, 2023 · Isu semasa

Malaysia nyaris meruntuhkan ‘tembok besar’ China apabila mengikat pasukan di ranking ke-80 itu dengan keputusan 1-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Phoenix Hill di Chengdu, China hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang berada pada kedudukan ke-136 dunia, berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas, menurut laporan Bernama.

Pada pertembungan hari ini, Malaysia yang mencatat keputusan seri 2-2 dengan Syria pada Rabu lepas, mengejutkan China menerusi jaringan Darren Lok pada minit kedua namun dibatalkan selepas Mohamad Faisal Abdul Halim yang melakukan hantaran berada dalam posisi ofsaid.

Kekecewaan tersebut pantas ditebus pasukan negara yang berjaya merobek gawang skuad bimbingan pengendali Aleksandar Jankovic dari Serbia pada minit ke-11 menerusi rembatan leret kencang Mohamad Faisal dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Malaysia terus mengasak namun Muhammad Akhyar terlepas peluang keemasan di depan gawang untuk meletakkan pasukan selesa mendahului apabila lambat melepaskan rembatan yang menyaksikan pemain pertahanan Gao Zhunyi bertindak cemerlang mengeluarkan bola pada minit ke-33.

Tiga minit berselang, China yang diberi julukan Dragons berjaya menyamakan kedudukan selepas Lin Liangming yang tidak dikawal, tenang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal ditampan kemas penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Selepas terikat di separuh masa pertama, Pan Gon melakukan tiga pertukaran pada awal babak kedua antaranya dengan membawa masuk pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi dalam usaha mengubah corak permainan.

Bagaimanapun, pasukan negara tidak berjaya mengulangi corak permainan babak pertama apabila dilihat lebih berhati-hati selain penyudah yang tumpul, sebaliknya China lebih ‘bernafsu’ untuk melakar keputusan positif di depan penyokong sendiri.

China berjaya mencipta beberapa percubaan berbahaya antaranya rembatan kencang pemain gantian Xie Pengfei yang sedikit tersasar pada minit ke-54 selain sepakan penjuru yang menggegar tiang gawang pasukan negara pada minit ke-70.

Malang menimpa pemain China Li Shuai apabila terpaksa dibawa keluar padang dengan menggunakan ambulans pada minit ke-83 susulan perlanggaran dengan Muhammad Syahmi.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari Qatar Abdulhadi Alasmar Al-Ruaile yang menyaksikan Malaysia akhirnya melakar keputusan positif berdepan China dalam tempoh lebih 40 tahun sejak kali terakhir mencatat kemenangan 3-1 pada 1980.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada 2013 menyaksikan China menang 2-0 pada aksi persahabatan.

Berita berkaitan
Penduduk Gurun ada hak undi siapa : Baddrol Bakhtiar
July 30, 2023· Politik
Bekas pemain kebangsaan mula berkempen untuk PN di Kedah
July 25, 2023· Politik
Baddrol Bakhtriar masuk politik demi agama, bangsa
July 22, 2023· Politik
Bursa ditutup rendah hari kedua berturut-turut
July 18, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 minit lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
27 minit lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
20 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
20 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok