Menteri KBS ucap terima kasih kepada sokongan peminat

June 15, 2022 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui sokongan padu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil jelas menyuntik semangat Harimau Malaya untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.

Ahmad Faizal turut menghargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya meniup semangat para pemain untuk beraksi cemerlang, lapor Bernama.

“Malam bersejarah buat bola sepak negara selepas penantian 42 tahun. Kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia.

“Teruskan fokus dan usaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah buat skuad bimbingan Kim Pan Gon susulan kejayaan bersejarah Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia malam tadi, Malaysia mencatat kemenangan selesa untuk mengumpul enam mata bagi tempat kedua di belakang Bahrain seterusnya menempah tiket ke kejohanan itu selaku lima pasukan naib juara terbaik.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Berita berkaitan
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
UMNO-DAP hanya berlakon sokong antara satu sama lain: Faizal Azumu
July 5, 2023· Politik
SPRM tahan dua pegawai kedutaan Malaysia di Bangladesh, beku akaun
April 20, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok