SPRM tahan dua pegawai kedutaan Malaysia di Bangladesh, beku akaun

April 20, 2023 · Isu semasa

Dua pegawai agensi penguat kuasa yang ditempatkan di kedutaan Malaysia di Bangladesh direman bagi membantu siasatan berhubung pengeluaran visa.

Difahamkan, kedua-duanya diarah pulang ke Malaysia, baru-baru ini dan direman selama tiga hari sehingga hari ini, (Khamis, 20 April).

The Star memetik sumber sebagai berkata bantuan pegawai itu diperlukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat isu visa dan kemasukan pelancong dan pekerja dari Bangladesh ke Malaysia.

Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan berkata bahawa SPRM telah menemui “urus niaga mencurigakan” melibatkan akaun milik kedua-dua suspek.

“Inilah sebabnya mereka diarah pulang ke Malaysia supaya mereka boleh menjelaskan perkara ini,” kata sumber.

Sumber berkata lebih daripada 20 akaun telah dibekukan.

“Sehingga kini, aset yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta telah dirampas. Selain akaun, lapan bidang tanah telah disita berhubung kes itu,” kata sumber.

Tidak diketahui dengan segera sama ada kedua-dua suspek telah dibebaskan apabila perintah reman mereka tamat hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut dilapor mengesahkan perkara itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan.

Azam berkata, SPRM sedang mengesan lokasi Siti Liyana Sajikan, 31, bagi membantu siasatan, sambil menambah alamat terakhirnya diketahui ialah 51, Jalan Hjh Jamrah di Kg Seri Desa, 86100, Ayer Hitam, Johor.

Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok