Ka Siong kata Chin Tong hipokrit isu kesesakan lalu lintas

June 4, 2022 · Isu semasa

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini membidas Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong kerana mengkritik kerajaan yang didakwa kurang berusaha dalam menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas.

Menggelar Liew sebagai ‘hipokrit’, Ka Siong mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang menangguhkan beberapa projek pengangkutan awam.

Ini termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB).

Ka Siong berkata kerajaan PH turut mengecilkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), yang menyebabkan penangguhan tempoh disiapkan sehingga 2024.

“Sebagai kerajaan ‘antipengangkutan awam, PH telah membatalkan banyak projek pengangkutan awam yang mungkin dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

“Sekarang sudah menjadi pembangkang, tidakkah hipokrit Liew (Chin Tong) bertanya bagaimana menyelesaikan kesesakan lalu lintas?,” tulis Ka Siong dalam catatan Facebook hari ini.

Ka Siong berkata Kementerian Pengangkutan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Sehingga semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengehadkan kemasukan semua kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya ini dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Hal ini berikutan pemantauan JPJ yang mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata beliau telah mengarahkan tenaga kerja JPJ ditambah bagi memantau dan menguatkuasakan ketetapan itu bersama-sama polis bagi memastikan aliran trafik di Lembah Klang lancar.

Beliau juga menekankan tentang keperluan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam jangka panjang.

Menurutnya Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof juga telah mengumumkan kelulusan tiga projek lebuh raya baharu.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang mengkaji pendekatan berbeza untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kata Ka Siong.

“Cadangan Liew amat mudah iaitu kerajaan mesti menyokong dan memberi subsidi untuk pengangkutan awam. Kerajaan memperuntukkan RM115 juta untuk pas perjalanan tanpa had My50 dan My100.

“Saya tertanya-tanya berapa banyak lagi kerajaan, yang Liew dakwa hampir muflis, perlu menambah subsidinya?” soal Ka Siong.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok