Tiada tarikh tamat MoU kerajaan dan PH: Annuar perbetul salah faham

June 3, 2022 · Politik

Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum 31 Julai ini.

“MoU itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh Pilihan Raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir bulan Julai, sebelum 31 Julai.

“Tetapi MoU bersama Ahli-Ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan.

“Bila dibubarkan itu terpulang kepada Perdana Menteri dan pimpinan untuk menentukan,” katanya menurut laporan Bernama, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Pada 13 September tahun lepas, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen dan PRU-15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.

“Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan, siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.

“Kalau kita buat (PRU-15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati, ini semua perlu dinilai dengan terperinci,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 sekiranya BN sudah bersedia.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Shahidan beri amaran dedah banyak rahsia ‘pemimpin’ UMNO
April 24, 2021
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok