25 kertas siasatan dibuka SPRM melibatkan perolehan pengurusan Covid-19

June 2, 2022 · Isu semasa

Siasatan melibatkan perolehan pengurusan Covid-19 sudah dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata sebanyak 25 kertas siasatan sudah dibuka badan itu berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan perolehan perkhidmatan kesihatan semasa pengurusan penularan Covid-19.

“Setakat ini (SPRM) sedang menyiasat pelbagai isu berkaitan (pembelian dalam sektor kesihatan negara) khususnya berkaitan pengurusan Covid-19 ketika tempoh wabak itu berlaku hingga sekarang.

“Setakat ini kita sudah menerima laporan daripada pelbagai pihak dan kita sudah membuka sebanyak 25 kertas siasatan namun saya tidak mahu menamakan mana-mana agensi.

“Siasatan ini adalah berkaitan pengurusan Covid-19 sehingga tempoh sekarang dan pelbagai aspek akan kita maklumkan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, beberapa individu tertentu sudah dipanggil termasuk sedang menilai agensi-agensi yang mempunyai kaitan dengan pengurusan Covid-19.

Sebelum ini, Azam mendedahkan pihaknya menjalankan siasatan kegiatan itu antaranya membabitkan salah guna kuasa dalam agihan bantuan dan pakej rangsangan ekonomi.

Siasatan turut dilakukan membabitkan penipuan berkaitan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (topeng muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah.

Ini termasuk menyiasat aktiviti rasuah membabitkan pegawai penguat kuasa dalam barisan pasukan penguat kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu Azam berkata, pihaknya akan melihat keperluan untuk memanggil bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagi membantu perjalanan siasatan kes berkenaan.

Dr. Adham dalam keterangan sebelum ini pernah menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM jika diperlukan. –

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok