Kipas jadi makmum solat, Idris gesa orang ramai buat laporan

May 28, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Beliau berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya nasihatkan kepada anak muda semua supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajarkan dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.

“Janganlah ambil ilmu dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui, jadi perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Stadium Indera Mulia di Ipoh, hari ini.

Baru-baru ini tular satu trend dimuat naik video, khususnya di aplikasi TikTok, yang menunjukkan individu, rata-rata berstatus bujang, berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

Sementara itu, ditanya mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk yang bertujuan untuk kepentingan peribadi, beliau menyifatkan nya sebagai perbuatan zalim.

“Janganlah mengambil kesempatan buat perkara begini terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dangan perbuatan mereka.

“Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok