Universiti Nihon beri ijazah kehormat kepada PM terkemuka di Jepun: MQA

May 26, 2022 · Isu semasa

Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) menjelaskan ijazah kehormat mempunyai nilai tersendiri yang dianugerahkan universiti, termasuk universiti terkemuka dunia seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia dan negara maju lain.

Menurut MQA, dari segi amalan, ia merupakan penganugerahan berprestij kepada seseorang tokoh terpilih atas sumbangan besar dalam bidang tertentu, contohnya ahli akademik, pakar industri, aktivis masyarakat serta pemimpin negara, termasuk dari Malaysia.

MQA membuat penjelasan demikian sebagai mengulas anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada Universiti Nihon, Jepun beberapa hari lalu.

Pada 24 Mei lalu, Perdana Menteri menerima anugerah berkenaan disampaikan Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kato, yang dilaporkan sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan beliau memerangi pandemik Covid-19.

Anugerah diberikan di sekolah perubatan universiti itu Itabashi, sebuah bandar di Tokyo, ketika Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.

Agenda Daily memetik usnews.com, yang menyatakan Universiti Nihon berada pada kedudukan #1,270 terbaik pada peringkat global (Best Global Universities); #372 peringkat Asia dan #39 di Jepun.

Sebaliknya, laman sesawang sama turut meletakkan Universiti Malaya pada kedudukan #211 pada peringkat global, #29 (terbaik di Asia); dan (#1 terbaik di Malaysia), sekali gus jauh lebih baik daripada Universiti Nihon.

Universiti Malay memperoleh 63.3 skor peringkat global manakala Universiti Nihon dengan 33.2 skor global.

Laman sesawang Universiti Nihon sebaliknya meletakkan kedudukan mereka antara 501 hingga 550 terbaik peringkat global, dan 401 hingga 450 pada peringkat Asia.

Berita berkaitan: Ismail Sabri dapat anugerah doktor kehormat dari universiti ranking corot 

Mengulas lanjut, MQA dalam kenyataan hari ini berkata status Universiti Nihon tidak perlu dipertikai kerana institusi itu merupakan universiti terkemuka di Jepun.

“Perdana Menteri menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangannya dalam memerangi pandemik Covid-19, baru-baru ini.

“MQA melaksanakan proses pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara berasaskan status pengiktirafan negara asal bagi kelayakan yang tidak tersenarai dalam sistem kami,” kata MQA.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok