RM tinggi sedikit berbanding dolar

May 26, 2022 · Isu semasa

Ringgit (RM) dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, dengan seorang peniaga berkata ini mungkin disebabkan pasaran tidak menyaksikan sebarang kejutan daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC).

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3920/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3930/3960 pada penutup Rabu.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata semasa mesyuarat dasar FOMC pada 3-4 Mei lepas, pegawai Fed bersetuju bahawa mereka perlu menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas dalam dua mesyuarat seterusnya pada Jun dan Julai sebagai langkah agresif untuk mengekang inflasi.

Berikutan ketiadaan kejutan daripada minit mesyuarat terbaru itu, fokus serantau kini kekal kepada perkembangan di China serta pelonggaran dasar selanjutnya yang boleh memberi impak yang baik kepada pertukaran asing serantau termasuk ringgit, katanya lapor Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Nilai mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1977/2008 daripada penutup Rabu pada 3.1947/1971, lemah berbanding pound Britain kepada 5.5366/5416 daripada 5.4908/4946 semalam dan turun berbanding euro menjadi 4.7008/7050 daripada 4.6895/6927 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4452/4487 daripada 3.4563/45.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok