Tambang e-hailing: Kementerian Pengangkutan beri amaran keras

May 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan memberi amaran keras, termasuk menarik balik lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui.

“Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik,” katanya memetik Bernama, selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.

Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

“Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni,” katanya.

Mengenai alasan tambang mahal kerana permintaan mendadak susulan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Selain itu, beliau menyifatkan dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhkan.

“Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatkan PSV…ia adalah dasar yang jelas,” katanya.

Wee juga berkata EHO tidak boleh menyalahkan MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Katanya ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah sekiranya tambang yang ditawarkan tidak munasabah.

Selain itu Wee turut menegaskan bahawa MOT tidak memihak kepada EHO, ketika diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai perkara itu.

Berita berkaitan
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023· Politik
Mengapa DAP kini senyap? kata bekas Ahli Parlimen berhubung isu Lynas
May 10, 2023· Politik
MCA tanya mana hilang suara kumpulan Anti-Lynas hilang selepas lesen dilanjutkan?
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok