Hina agama: Aktivis menangis mengaku salah buat hantaran jelik

May 25, 2022 · Isu semasa

Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam laman profil Facebook miliknya, tahun lepas.

Wan Asshima Kamaruddin, 38, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM) dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak selepas menukar pengakuannya kepada bersalah pada perbicaraan kesnya hari ini.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menetapkan 15 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan pendengaran fakta kes, lapor Bernama.

Wan Asshima selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil miliknya ‘Puteri Mujahidah Wan Asshima Kamaruddin’ pada 9.23 pagi, 11 Mac 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 6.24 petang, 13 Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan orang awam mengambil kira faktor terdapat 61 laporan polis dibuat di seluruh Malaysia berkenaan hantaran yang dibuat oleh OKS.

“Aduan yang paling banyak datang dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor. Saya juga mohon mahkamah mempertimbangkan kes ini yang memasuki peringkat perbicaraan dengan seramai tiga orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum OKS bertindak menukar pengakuannya kepada bersalah,” katanya.

Peguam Dorina Abdullah, yang mewakili Wan Asshima memohon hukuman berbentuk denda ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga selain tidak berniat untuk menyakiti orang awam melalui hantarannya.

“Anak guam saya juga sedang berhadapan dengan kes penceraian dan disebabkan itu, beliau tidak mendapat bantuan nafkah sejak bulan lepas. Saya mohon simpati mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini,” kata peguam itu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok