Peguam gagal dapat penghakiman ringkasan saman terhadap Bersatu

May 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penghakiman ringkasan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung dakwaan yuran guaman berjumlah RM12.5 juta yang tidak dijelaskan.

Serentak itu, Hakim Datuk Akhtar Tahir turut mengarahkan Mohamed Haniff membayar kos RM3,000 kepada Bersatu.

Mohamed Haniff juga mengesahkan hakim turut memutuskan dakwaan yuran itu akan melalui perbicaraan penuh pada 2024.

“Perbicaraan (penuh) ditetapkan pada 18 hingga 22 Mac 2024. Saya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan,” katanya memetik laporan Mkini, sambil menambah Mahkamah Tinggi masih belum menentukan merit saman itu.

Berdasarkan undang-undang sivil, adalah sesuatu yang dibenarkan untuk sesebuah mahkamah membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani perbicaraan penuh.

Pada Julai tahun lalu, Mohamed Haniff dilaporkan memfailkan writ saman dan menamakan bekas perdana menteri dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan bendahari parti, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, sebagai defendan.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Mohamed Haniff mendakwa jumlah RM12.5 juta itu untuk khidmat guaman yang diberikan sejak penubuhan Bersatu pada 2016, di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi, sehingga parti itu keluar daripada Pakatan Harapan pada Februari 2020.

“Sejak 2015 hingga 2016, plaintif adalah peguam yang giat menerusi undang-undang melawan kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Maka, berdasarkan ideologi falsafah yang sama, plaintif dipanggil Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menawarkan pandangan perundangan berkaitan undang-undang berhubung penubuhan dan pentadbiran sebuah parti politik.

“Individu-individu ini secara langsung dan tidak langsung melibatkan plaintif dan menggunakan khidmat perundangannya,” dakwa Mohamed Haniff.

Beliau mendakwa antara khidmat yang diberikan adalah pendaftaran Bersatu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, mewaliki parti dalam kes di mahkamah, dan memberi nasihat berkenaan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, pada 11 Januari tahun lalu, satu invois diberikan kepada Bersatu, Muhyiddin dan Hamzah dan peringatan lanjut diberikan kepada Salleh dan Muhyiddin.

Defendan juga hanya berdiam diri dan tidak membantah invois tersebut, dakwanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok