Perang Rusia-Ukraine: Apakah nasib Malaysia?

May 22, 2022 · Isu semasa

Kebimbangan pemimpin dunia terhadap konflik Rusia-Ukraine semakin kemuncak apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan serangan di Ukraine bagi mempertahankan kumpulan pemisah di timur negara itu.

Memandangkan konflik ini berlaku jauh di Eropah Timur, adakah ia turut memberikan kesan negara lain termasuk di Asia khususnya Malaysia?

Hakikatnya, perang Rusia-Ukraine kini te­lah pun memberi kesan kepada harga minyak mentah dunia akibat sekatan ke atas minyak Rusia selain turut melonjakkan harga makanan di kebanyakan rantau ekoran gangguan kepada ran­taian bekalan dari Ukraine.

Seperti yang diketahui, Moscow merupakan pengeksport utama minyak kedua di dunia dan gas asli terutamanya ke Eropah.

Konflik yang berlaku mengakibatkan lonjakan harga minyak seterusnya menyebabkan inflasi. Sejurus Putin melancarkan serangan, harga minyak mentah Brent mencecah AS$100 setong buat kali pertama sejak 2014.

Menurut penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Shahriman Lockman, rakyat Malaysia harus memberikan perhatian kepada isu ini kerana ia mampu memberikan kesan inflasi kepada negara.

Dengan kenaikan ini juga bermakna harga petrol semasa di Malaysia akan turut meningkat. Hal ini disebabkan turun dan naik harga minyak di negara kita bergantung kepada dua faktor iaitu harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang Ringgit.

Apabila berlakunya peningkatan, ia akan memberikan kesan kepada kos pengangkutan dan perniagaan dan mungkin boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan yang sudah semakin menaik.

Dalam pada itu,  Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusan­tara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata, Putin kini semakin terdesak kerana beliau berada dalam satu keadaan iaitu tidak banyak ‘pergerakan’ boleh dilakukan.

“Bantuan Barat terhadap Ukraine termasuk peralatan ketenteraan yang canggih dan besar serta sekatan ekonomi ke atas Rusia memaksa Putin mengeluar­kan amaran senjata nuklear.

“Namun, seluruh dunia perlu memandang serius ancaman senjata nuklear oleh Rusia kerana Putin terdesak untuk menghentikan Barat daripada terus me­nyalurkan senjata kepada Ukraine.

“Sekiranya Rusia benar-benar melancarkan senjata nuklear, maka perang berskala lebih besar iaitu Perang Dunia Ketiga akan meletus di Eropah Timur,” katanya.

Sementara itu, ditanya me­ngenai kesan Perang Dunia Ketiga terhadap Malaysia, Azmi berkata, negara ini berisiko untuk turut terkesan, namun tidak secara langsung berkaitan bahaya senjata nuklear.

“Dari segi bahaya senjata nuklear, Malaysia mungkin tidak terjejas secara langsung kerana dari sudut geografi, negara ini terletak jauh dengan Eropah Timur.

“Namun, meskipun Malaysia mengambil sikap berkecuali, kita akan terjejas secara langsung dari segi politik, geopolitik dan ekonomi.

“Bukan sahaja Malaysia, bahkan negara yang paling jauh de­ngan Ukraine pun akan turut sama terjejas sekiranya Perang Dunia Ketiga meletus,” katanya.

Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok