Jangan sebut Najib, Jho Low tapi salahkan pengurusan 1MDB: Bakke

May 19, 2022 · Isu semasa

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah diminta untuk menyalahkan pengurusan syarikat itu susulan penyelewengan yang berlaku.

Menurutnya beliau telah diberi taklimat sebanyak dua kali ketika mesyuarat dengan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Seri Hasan Arifin berhubung jenis kesaksian yang akan diberikan dalam siasatan PAC pada 2016.

Bakke memberikan keterangan terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bakke sebelum ini berkata Najib telah menghubunginya untuk meminta beliau bertemu Hasan, dua minggu sebelum memberi keterangan dalam siasatan PAC mengenai 1MDB dan meminta nama Najib serta ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak disebut.

Disoal Ketua Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram sama ada beliau telah bertanya kepada Najib sebab pertemuan dengan Hasan, Bakke berkata:

“Saya bertanya kepadanya, dia menjelaskan ianya hanya untuk memastikan cara kami bertindak balas kepada pendengaran PAC, mendengar dan jawapan serta bertindak balas, semua itu, anda tahu, akan harmoni.”

Sri Ram: Harmoni dengan apa?

Bakke: Ini bermakna… beberapa jenis perjanjian, itu, saya akan katakan, boleh diterima oleh PM.

Menurutnya beliau memberitahu Najib bahawa kebimbangannya akan reda atau selesai, jika beliau tidak dipanggil untuk hadir di hadapan siasatan PAC, sambil menyatakan:

“Beliau (Najib) berkata sudah terlambat, anda masih perlu hadir. Kerana dengan tidak muncul, maka saya tidak berkata apa-apa.”

Mengesahkan bahawa beliau kemudiannya bertemu Hasan sebanyak dua kali sebelum hadir di hadapan PAC, Bakke berkata pertemuan itu berlaku di pejabat pegawai khas yang menjaga perhubungan awam untuk Najib ketika itu.

“Dalam dua pertemuan dengan Datuk Hasan Arifin dan juga Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan ini, pegawai khas yang menjaga aktiviti PR di pejabat PM, beliau turut berada di sana, kerana pertemuan itu berlangsung di rumahnya – Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan .

“Jadi jelaslah bahawa tujuan pertemuan itu adalah untuk kita mempunyai persefahaman yang sama, apa yang perlu diperkatakan atau apa yang perlu dielakkan. Itu pada asasnya perbincangan,” kata Bakke seperti dilapor MalayMail.

Ditanya oleh Sri Ram apakah perkara biasa yang perlu diperkatakan atau dielakkan semasa siasatan PAC, Bakke menjelaskan: “Perkara yang perlu dikatakan, ialah anda tahu, semua penyelewengan dan penipuan ini berlaku kerana pengawasan pihak pengurusan dan tidak patuh kepada tadbir urus korporat yang baik.”

“Jadi ia benar-benar cuba untuk mengatakan bahawa ini adalah arahan, cara kita harus menjawab soalan daripada ahli PAC, dan mengelakkan membuat sebarang rujukan kepada PM dan juga Jho Low, ya, jadi itulah yang berlaku,” Bakke menambah.

Menjawab soalan lain, Bakke berkata beliau tidak mengadu tentang penyelewengan dalam urus niaga AS$1 bilion 1MDB pada 2009 secara langsung kepada PM, kerana kecurigaannya adalah terhadap Najib sendiri.

Bakke telah meletak jawatan sebagai pengerusi 1MDB pada Oktober 2009 sejurus selepas memegang jawatan itu. Peletakan jawatannya adalah sebagai protes terhadap cara pengurusan 1MDB telah bertindak terhadap arahan lembaga pengarah (BOD) 1MDB berhubung urus niaga yang melibatkan AS$1 bilion dana 1MDB.

Sri Ram bertanya mengapa Bakke tidak membuat aduan kepada Kementerian Kewangan dan kemudian PM tentang kekecewaannya sendiri berhubung apa yang berlaku dalam 1MDB.

Bakke kemudian menjawab:

“… kerana perkara yang menghalang saya atau tidak menggalakkan saya daripada melakukan itu, adalah benar-benar, mengadu terhadap PM.”

Beliau berasa tidak selesa untuk membuat aduan kepada Menteri Kewangan Dipebadankan (MOF Inc) atau Najib sambil menyatakan beliau mengesyaki bekas PM itu memainkan peranan dalam penyelewengan berkenaan.

Pada peringkat itu, Sri Ram menggunakan perumpamaan dengan menyatakan ia seolah-olah mengadu tentang kehilangan biri-biri kepada serigala.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Mohd Bakke memberitahu mahkamah, beliau meletak jawatan sebagai pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah selepas merasakan Najib terbabit dalam salah laku kewangan dan sesuatu tidak kena sedang berlaku di luar pengetahuannya.

Mohd Bakke berkata, ia disebabkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada bekas Najib yang menyatakan mengenai kebimbangan berhubung hal ehwal syarikat pelaburan strategik negara itu, tidak mendapat maklum balas daripada Najib.

Menurut Mohd Bakke, dalam SMS berkenaan, beliau memberitahu Najib bahawa terdapat beberapa perkara yang diarahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah kepada pihak pengurusan syarikat, bagaimanapun arahan berkenaan tidak dipatuhi, bagaimanapun Najib tidak membalas SMS berkenaan.

Katanya, beliau tidak terlintas untuk melaporkan mengenai salah laku itu kepada pihak berkuasa kerana mengandaikan sudah berbuat demikian melalui SMS kepada Najib.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 7 Jun.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok