Pembangkang sedia sokong undi tak percaya terhadap KM Melaka tapi…

May 18, 2022 · Politik

Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sedia membuat pertimbangan menyokong sekiranya ada undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu terlibat dengan isu-isu besar seperti integriti dan pecah amanah, kata Ketua Pembangkang DUN Melaka, Adly Zahari.

Menurut ADUN Bukit Katil itu, ketidakpercayaan terhadap Sulaiman mesti mempunyai alasan yang kukuh dan bukannya didorong oleh persaingan politik semata-mata.

“Kalau sebab persaingan politik, saya fikir itu tidak wajar. Ketua Menteri perlu ada political will (kehendak politik) untuk memajukan Melaka dan kehendak itu hanya boleh datang dengan sokongan sebulat suara daripada semua kepemimpinan rakyat negeri ini.

“Sebab itu Pakatan Harapan (PH) menetapkan tempoh dua penggal kepada Ketua Menteri. Dalam tempoh ini, berikan beliau ruang dan jika terlibat de­ngan isu-isu besar, mungkin itu (ketidakpercayaan) boleh dipertimbangkan,” katanya seperti dilapor Utusan ketika ditanya pendirian pembangkang jika ada undi tidak percaya terhadap Sulaiman di DUN Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 daripadanya dikuasai Barisan Nasional (BN); PH (lima); dan Perikatan Nasional (dua).

Spekulasi peletakan jawatan Ketua Menteri (KM) Melaka Ke-13 itu mula kecoh apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memaklumkan, lima ketua bahagian di negeri ini sebulat suara mempertahankan Sulaiman terus kekal memegang jawatan tersebut sehingga habis penggal.

Memanaskan situasi politik Melaka, pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman pula mencadangkan Sulaiman diangkat menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menggantikan ADUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam UMNO Melaka, pucuk pimpinan parti memilih Sulaiman untuk menerajui negeri itu semula selepas BN muncul pemenang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lalu.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai KM Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada 21 November tahun lalu, selepas BN menang PRN Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai KM Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly yang dilantik KM Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018.

Mengulas lanjut, Adly yang juga Naib Presiden AMANAH berkata barisan kepemimpinan kerajaan negeri harus memberi sokongan kepada Sulaiman untuk memimpin bagi menjayakan agenda pembangunan yang telah dirancang.

Menurutnya gangguan yang wujud untuk menjatuhkan Sulaiman hanya menyebabkan keadaan menjadi tidak stabil dan kesan besarnya akan dirasai oleh rakyat.

Beliau berkata, rakyat te­lah membuat keputusan dan mengharapkan kerajaan negeri hari ini menunaikan janji yang dibuat pada PRN Melaka tahun lalu.

“Politik memang begitu. Kestabilan kerajaan negeri harus disokong oleh semua pihak agar Ketua Menteri boleh melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

“Nasihat saya kepada kerajaan negeri dan ahli politik sedia ada supaya memberi peluang kepada beliau dalam penggal ini untuk memimpin. Saya fikir itu yang sepatutnya dilakukan kerana rakyat sudah buat keputusan,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok