Tangguh pemilihan UMNO, peluang Zahid jadi PM baharu lebih cerah

May 16, 2022 · Politik

Keputusan pemilihan UMNO ditangguhkan yang dimuktamadkan semalam memberi peluang lebih cerah kepada Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri (PM) baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

UMNO semalam memuktamadkan keputusan menangguhkan pemilihan selepas meluluskan usul pindaan Perlembagaan partinya dengan pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU-15 diadakan.

Penganalisis politik melihat langkah tersebut akan memberi pengaruh dan kuasa lebih besar kepada Zahid untuk menjadi PM selepas PRU-15, ia meskipun Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah mencalonkan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM mereka sebelum ini.

Masa depan Ismail Sabri sebagai PM belum terjamin walaupun MT sudah mencalonkannya memandangkan kuasa seorang Presiden lebih besar berbanding Naib Presiden, malah keputusan untuk mencalonkan seseorang menjadi PM selepas PRU-15 juga sebenarnya ditentukan oleh seorang Presiden parti.

Penganalisis politik, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan keputusan yang dibuat oleh UMNO semalam akan memberi laluan selesa kepada Zahid dan kemenangan yang besar diraih UMNO akan menyebabkan sokongan ahli UMNO kepada Presiden lebih kuat selepas PRU-15 nanti.

“UMNO akan menang agak besar (pada PRU) kali ini, jadi semua ahli Parlimen baharu UMNO ini akan setia kepada Zahid dan puak arus perdana UMNO,” katanya dipetik laporan FMT.

Jelasnya, langkah tersebut menunjukkan terdapat kumpulan dalam UMNO yang tidak menyenangi Ismail Sabri dan berkemungkinan jawatan PM yang disandangnya bakal digantikan selepas PRU-15 nanti.

“Ini bermakna tempoh Ismail pada dasarnya sudah dihitung. Mereka tidak menyenanginya, secara terang-terangan.

“Jadi, mereka mungkin menggantikannya, sama ada antara mereka sendiri atau seseorang yang mereka sukai pada suatu ketika,” katanya lagi.

Semalam, UMNO sebulat suara mengundi untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan sehingga 18 bulan, atau sehingga enam bulan selepas PRU.

Pemilihan parti itu, untuk penggal 2021-2023, sudah ditangguhkan dari 30 Jun 2021 dan sepatutnya diadakan menjelang 30 Disember tahun ini.

Penangguhan selanjutnya, yang perlu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), akan menyaksikan Zahid kekal sebagai Presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional (BN), untuk menentukan calon pada PRU-15 nanti.

Selain itu, Zahid juga memegang kuasa besar dalam UMNO kerana watikah setiap calon yang akan bertanding perlu disahkan oleh seorang Presiden parti.ced

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok