10 pengundi Gombak fail rayuan kebenaran saman terhadap Azmin

May 12, 2022 · Isu semasa

Sepuluh pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan dalam cubaan untuk mengembalikan semula saman mereka terhadap Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari.

Peguam Yohendra Nadarajan apabila dihubungi mengesahkan notis usul untuk memohon kebenaran merayu telah difailkan dua hari lepas (10 Mei), lapor Bernama.

Pada 13 April, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan memihak kepada Azmin dan membatalkan saman pengundi.

Dalam notis usul itu, pengundi mengemukakan sembilan soalan undang-undang untuk penghujahan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, pemohon mesti meyakinkan mahkamah bahawa persoalan undang-undang adalah baharu, mempunyai kepentingan awam dan dibangkitkan buat kali pertama.

Antara persoalan itu termasuk sama ada tindakan untuk menipu atau melanggar kewajipan fidusiari boleh dikekalkan oleh pengundi terhadap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri untuk representasi yang dibuat oleh ahli itu secara peribadi kepada pengundi.

Pada 27 Nov 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi teruk dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau mendakwa saman itu melanggar hak asasinya untuk kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mohamed Azmin untuk membatalkan saman itu, mendorong beliau memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang kemudian memutuskan untuk memihak kepadanya dan membatalkan saman itu.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok