MAVCOM siasat syarikat penerbangan ubah jadual sesuka hati

May 10, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran notis yang mencukupi kepada pengguna.

Sejajar dengan mandat untuk menegakkan hak pengguna, MAVCOM telah mengarahkan syarikat penerbangan mengemukakan semua data yang relevan mengenai gangguan jadual penerbangan sepanjang tempoh perayaan dari 29 April hingga 9 Mei 2022 bagi mendapatkan pandangan yang objektif, tepat dan komprehensif mengenai keadaan tersebut.

Ini termasuk jadual penerbangan sebenar berbanding jumlah penerbangan yang dijadualkan semula oleh semua syarikat penerbangan yang telah berlaku semasa tempoh perayaan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), syarikat penerbangan dikehendaki menyampaikan sebarang perubahan status penerbangan kepada pengguna secepat mungkin, lapor Bernama.

“Untuk kelewatan dua jam atau lebih, syarikat penerbangan yang beroperasi mesti bertanggungjawab dalam menyediakan makanan, panggilan telefon dan akses Internet.

“Selain itu, bagi kelewatan lima jam atau lebih, syarikat penerbangan harus menyediakan penginapan, jika diperlukan serta pengangkutan. Sekiranya masa penerbangan yang dijadualkan semula tidak memenuhi tujuan perjalanan pengguna, bayaran balik tiket penerbangan juga harus dibuat oleh syarikat penerbangan,” jelasnya.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pengguna yang menghadapi kelewatan atau masalah penerbangan dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya diminta membuat aduan rasmi kepada syarikat penerbangan berkenaan.

“Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengemukakan aduan mereka kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart di www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan bagi memudahkan penyiasatan.”

“Pada masa yang sama, MAVCOM sedang memperhalusi MACPC untuk memperkemas serta menambahbaik lagi perlindungan pengguna, terutamanya dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya.”

“Isu ini merupakan perkara yang mendesak dan MAVCOM akan terus memastikan pemain industri kekal mematuhi MACPC dan hak-hak pengguna terus ditegakkan,” katanya lagi.

Terdahulu, AirAsia memohon maaf kepada orang ramai yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

Berita berkaitan: AirAsia mohon maaf penjadualan semula penerbangan 

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan
May 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok