Polis siasat anak Ahli Parlimen di Melaka tumbuk kawan lama

May 9, 2022 · Isu semasa

Seorang anak Ahli Parlimen (MP) di Melaka sedang disiasat polis susulan laporan dibuat oleh rakan lamanya yang ditumbuk dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pernu, Melaka.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu yang ditumbuk anak lelaki MP tersebut pada 6 Mei lalu di Balai Polis Kandang.

Beliau berkata, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Setakat ini polis sudah selesai merakam keterangan individu terbabit dan kedua-dua mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam selepas lelaki itu menghubungi mangsa berusia 49 tahun dan mengeluarkan kata-kata kesat serta memintanya datang ke rumahnya.

Perselisihan faham berlaku antara lelaki itu dengan mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ibunya ketika berada di sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.

“Ketika sampai di rumah berkenaan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki itu menumbuk kepala mangsa.

“Malah lelaki itu juga dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung serta meludah mukannya,” dakwa sumber.

Difahamkan, mangsa ada meminta untuk bertemu dengan ibu lelaki itu untuk mengetahui dakwaan itu, namun dia dihalau keluar oleh adik lelaki pelaku.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok