Selangor catat kes kemalangan, kematian tertinggi sepanjang hari raya

May 7, 2022 · Isu semasa

Selangor menjadi negeri dengan jumlah kes kemalangan dan jumlah kemalangan maut tertinggi dalam Op Selamat 18 yang dilaksanakan sempena cuti hari raya Aidilfitri setakat semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata sepanjang tujuh hari operasi berkenaan yang dilancarkan pada 29 April, Selangor mencatat 2,448 kes kemalangan, diikuti Johor (1,632 kes), Perak (1,160 kes), Kuala Lumpur (991 kes), Pulau Pinang (953 kes), Kedah (777 kes), Pahang (636 kes), lapor Bernama.

Katanya lagi sebanyak 597 kes dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan (592 kes), Melaka (484 kes), Sarawak (386 kes), Terengganu (384 kes), Sabah (363) dan Perlis (86 kes).

“Bagi jumlah kes maut pula Selangor mencatat 16 kes, diikuti Perak dan Johor yang masing-masing mencatat 14 kes, Pahang (11 kes), Kelantan (11 kes), Kedah (sembilan), Pulau Pinang (sembilan), Negeri Sembilan (lapan), Sarawak (lapan), Terengganu (tujuh), Sabah (lima), Kuala Lumpur (empat), Perlis (tiga) dan Melaka (dua),” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, katanya semalam sebanyak 1,673 kes kemalangan dengan 12 kes kematian dicatatkan.

Katanya setakat semalam sebanyak 214,750 saman dikeluarkan ke atas pelabagai kesalahan trafik terhadap pengguna jalan raya dengan 37,926 saman dikeluarkan semalam.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok